Friday, 1 April 2016

KHASIAT KUNYIT




Kegunaan kunyit dalam menu masakan rakyat Malaysia tidak asing lagi. Digunakan secara meluas sebagai perisa dan pewarna dalam pelbagai jenis masakan. Kegunaan kunyit bukan sekadar dalam masakan, bahkan juga dalam ramuan untuk perubatan atau penjagaan kesihatan.

Kunyit boleh dijadikan jus untuk mendapat khasit secara langsung. Selain itu kunyit muda juga dimakan sebagai ulam. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam kunyit adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang untuk keperluan manusia.

Kelebihan dan kebaikan kunyit:

- Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka dan kesan terbakar.
- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.
- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.
- Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
- Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
- Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.
- Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
- Sangat pantas dalam penyembuhan luka.
- Membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis.
- Merawat keadaan kulit radang

No comments:

Post a Comment